Pasukan penyelamat mangsa bencana gempa bumi Turkiye-Syria berdepan detik menakjubkan apabila mereka menemui seorang budak lelaki dan seorang warga emas yang terperangkap selama seminggu dibawah runtuhan bangunan dalam keadaan masih hidup.
Kejadian berlaku di Hatay selepas Mustafa yang berusia tujuh tahun diselamatkan di wilayah Hatay dekat tenggara Turkiye manakala Nafize Yilmaz, berusia 62 tahun pula bawah runtuhan bangunan di Nurdagi.
Dilaporkan kedua-dua mangsa terperangkap dibawah timbunan bangunan runtuh selama lebih 163 jam, sebelum pasukan penyelamat menemui mereka masih bernyawa.
Pasukan penyelamat kini berdepan detik sukar untuk menemui mangsa yang masih hidup selepas seminggu insiden gempa bumi ini berlaku. Lebih menyukarkan lagi proses menyelamat adalah apabila pasukan penyelamat disitu terpaksa menggunakan tangan atau penyodok untuk kerja menggali runtuhan disebabkan kekurangan peralatan canggih.
Sumber: The Malaysian Reserve