Tuan Terlupa Bawa Kunci, Kucing Ini Bukakan Tingkap Supaya Boleh Masuk

Sering kali kisah mengenai binatang seperti kucing mencuit hati ramai gara-gara gelagat mereka yang adakalanya menggelikan hati namun juga tidak dinafikan, bijak.

tuan terlupa bawa kunci, kucing ini bukakan tingkap supaya boleh masuk

Tidak terkecualilah seekor kucing di Indonesia ini yang tular di media sosial kerana kebijaksanaannya yang berjaya menyelamatkan tuannya.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok bernama @irentira, dia terperangkap dalam situasi kecemasan yang mana dia terkunci dari luar kerana terlupa membawa kunci biliknya.

Mujur, kucing peliharaan miliknya yang bernama Kenzo itu pandai mendengar cakap.

Dalam video yang dimuat naik gadis itu, kelihatan Kenzo yang cuba sedaya upaya membuka tingkap dari dalam biliknya sehingga berjaya dan membolehkan gadis tersebut memasuki ke dalam biliknya.

Sudahlah comel, bijak pula tu kan?

Bertuah sungguh tuannya kerana mempunyai kucing yang bijak sebegini!

 

Sumber: [1]