Tuan Rumah Terkejut Rumah Sewa Bersepah, Siap Ada Ular Hidup!

Masalah rumah sewa yang tidak dijaga dengan baik bukanlah satu perkara baharu. Ia bukan sahaja mendatangkan masalah kepada penyewa seterusnya, malah menyebabkan kerugian harta dan kos baik pulih yang tinggi.

 

Baru-baru ini, tular lagi kisah mengenai penyewa yang menjadikan rumah bagaikan tempat pelipisan sampah, yang berlaku di Kendal, Cumbria England.

tuan rumah terkejut rumah sewa bersepah, siap ada ular hidup!

Menurut tuan rumah, Phil Tewkesley, beliau sangat terkejut apabila memasuki rumahnya yang penuh dengan timbunan sampah sarap.

 

Katanya, selepas mengharungi timbunan sampah-sarap, beliau dikejutkan pula dengan kehadiran seekor ular sawa yang sedang berlingkar di penjuru bilik.

tuan rumah terkejut rumah sewa bersepah, siap ada ular hidup!

“Ular itu melingkar dalam akuarium. Ada tiga lagi ekor yang ditemui berhampirannya tapi dua sudah mati,” katanya.

 

Semasa membersihkan rumah itu, beliau bersama pasangannya turut menghidu bau hancing yang teramat sangat, serta kehadiran kala jengking dan beberapa ekor tarantula.

tuan rumah terkejut rumah sewa bersepah, siap ada ular hidup!

Lebih menyedihkan, penyewa tidak membayar sewa rumah lebih enam bulan.

tuan rumah terkejut rumah sewa bersepah, siap ada ular hidup!

Menurut Phil, pada mulanya dia meminta penyewa untuk berpindah keluar pada penghujung 2020 selepas pulang semula ke United Kingdom dari Australia. Namun, penyewa enggan keluar hingga tahun berikutnya dan kini meninggalkan ‘hadiah’ kepada beliau untuk dikemaskan.

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN