Trivia EURO: Itali Pernah Ke Final Sebab Lambung Syiling

Kejohanan Eropah UEFA 2020 atau biasanya disebut sebagai UEFA Euro 2020 merupakan edisi ke-16 Kejohanan Eropah untuk pasukan bola sepak kebangsaan lelaki yang dianjurkan oleh UEFA.

trivia euro: itali pernah ke final sebab lambung syiling

Untuk edisi 2020 kali ini, stadium Wembley terpilih untuk menjadi tuan rumah bagi final UEFA Euro 2020. Siapa yang akan bermain di final ini, itu kita kena tunggu 12 Julai depan.

 

Sementara itu, kita imbas kembali UEFA Euro 1968 yang merupakan edisi ketiga Kejohanan Bola Sepak Eropah, yang mana pada kejohanan itu ia menukar namanya daripada Piala Negara-Negara Eropah kepada UEFA Euro.

trivia euro: itali pernah ke final sebab lambung syiling

Terdapat juga beberapa perubahan dalam struktur kejohanan kelayakan, dengan perlawanan peringkat kalah mati timbal balas digantikan dengan peringkat kumpulan.

trivia euro: itali pernah ke final sebab lambung syiling

Apa yang lebih menarik tentang final UEFA Euro 1968 adalah apabila Itali berjaya ke final melalui lambungan duit syiling selepas terikat seri 0-0 keatas Soviet Union.

 

Ketika itu, konsep sepakan penalti belum lagi diperkenalkan. Maka, bagi menentukan pemenang dalam perlawanan terbabit, kapten Itali ketika itu, Giacinto Facchetti bersama lawannya dari Soviet Union, Albert Shesternyov terpaksa memilih sama ada kepala atau ekor pada syiling. Lambungan syiling nyata berpihak kepada pasukan Itali.

 

Meskipun pasukan Soviet Union telah mempamerkan perlawanan menarik dan cukup cantik, mereka terpaksa akur kepada nasib lambungan wang syiling. Hingga ke hari ini, ia adalah satu-satunya perlawanan yang ditentukan menerusi lambungan syiling.

trivia euro: itali pernah ke final sebab lambung syiling

Itali bertemu pasukan Yugoslavia di final, namun terikat seri 1-1 hingga kepada masa tambahan. Disebabkan ketika itu tiada sepakan penalti, kedua pasukan perlu berlawan semula bagi menentukan juara. Itali menang 2-0 keatas Yugoslavia dan menjuarai UEFA Euro 1968.

 

Bagi musim UEFA EURO2020 kali ini, jom dengarkan perlawanan terhebat bolasepak Eropah menerusi aplikasi SYOK! Check out caranya disini:

dengarkan uefa euro 2020 secara live di syok!

Muat turun aplikasi SYOK secara percuma di Google Playstore, Apple App Store dan Huawei App Gallery.

 

Sumber: Sportskeeda