Memang mengecewakan bila barang kita hilang, lebih-lebih lagi barang yang berharga.
Dapat tak dapat balik tu rezeki masing-masinglah.
Menerusi Bored Panda, seorang penulis dari Australia, Andrew McDonalds ada berkongsi tips apa yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan semula kamera yang baru hilang.
via GIPHY
Apa yang perlu anda lakukan adalah mengambil beberapa foto dan simpan dan jangan pernah padam gambar-gambar tersebut dari kamera anda.
Berikut merupakan gambar yang sentiasa disimpan di dalam kameranya.
Tengok ni.
Kreatif kan? Tapi kalau kamera tu jatuh kat tangan orang yang tak bertanggungjawab memang susah sikitlah nak dapat balik. Yang penting, usaha tu ada. Tak gitu?