Haaaa kalau tengok balik fesyen tahun 2019 kan ada macam-macam lah jenis fesyen. Eh, cakap pasal tahun lepas macam lama sangat padahal baru saja.
Tapi kan tahun 2020 ni, min rasa fesyen dia akan makin gempak dan ada juga gaya yang membuat comeback.
Suit Up

Helaian sut tidak akan pernah menunjukkan tanda-tanda ia akan berakhir, daripada gaya maskulin hinggalah feminin, gaya sut ini menjadi lambang wanita yang gah dan perkasa.
Jeans Retro

Trend denim era 70-an dan 90-an dihidupkan kembali dengan nafas baru. Retro jeans membuat comeback yang besar dan ramai budak-budak hipster sekarang ni memang gemari dengan fesyen seperti ini.
Colour clash

Kalau dulu color clashing ni dipandang pelik, tetapi sekarang dengan cara penggayaan yang betul, color clashing akan bakal menjadi trend terbesar tahun 2020 ini. Pemakaian warna neon juga dibawa kembali.
Kalau tengok balik kan, banyak trend feseyn tahun ini diinspirasikan dengan gaya retro dan vintaj. Lagipun ramai orang sekarang ni lebih gemar membeli baju bundle yang boleh ditemakan sebagai baju retro. Jangan confuse eh retro dan vintage, tapi itu cerita lain hari pula.
Sumber: Majalah WM