Trans Siberian Railway, Dari Beijing Ke Moscow

trans siberian railway, dari beijing ke moscow

Korang tahu tak dekat mana rail kereta api terpanjang di dunia?

Trans Siberian Railway, merupakan jalan kereta api yang merentas Beijing, China hingga lah ke Moscow, Rusia. Jadi, ini mungkin akan menarik korang yang minat dengan dunia travel.

Kalau korang memang kaki travel, yang ni pun antara benda yang patut korang cuba sebenarnya.

TSR merupakan jaringan laluan kereta api terpanjang di dunia dan menghubungkan Moscow dan Beijing. Korang boleh pilih, terdapat 3 laluan utama iaitu Trans Siberian, Trans Mongolian dan Trans Manchurian.

  • Pengembaraan bermula di Stesen Kereta Api Beijing yang dianggarkan sebesar 50 padang bola sepak.
  • Perjalanan sejauh 8,986 kilometer dalam masa 6 hari.
  • Merentasi 7 zon masa
  • Berhenti di 44 buah stesen sepanjang perjalanan ( makan masa antara 2-6min)
  • trans siberian railway, dari beijing ke moscow

Korang dapat menikmati keindahan pemandangan sepanjang perjalanan dan mungkin akan keliru dengan pertukaran masa. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. So, ada beran’ nak tempah tiket tak?

SUMBER: seat61

OLEH: KHALIE AZMI