Mujur Ada Topi Keledar Selamatkan Lelaki Ini Dari Digilis Bas

Topi keledar ialah suatu pakaian perlindungan yang dipakai bagi melindungi kepala daripada sebarang kecederaan.

 

Itu yang menjadi penyelamat kepada nyawa seorang penunggang motosikal selepas beliau terjatuh lalu termasuk kebawah sebuah bas dan mengenai tayar.

mujur ada topi keledar selamatkan lelaki ini dari digilis bas

Kejadian berlaku 18 Julai lalu di Brazil selepas itu terjatuh dari motosikalnya manakala kepalanya pula terperosok ke bawah tayar sebuah bas yang dipandu dari arah bertentangan.

 

Video insiden itu dikongsikan di laman sosial Twitter Polis Trafik Bengaluru, India dan menjadi tular dalam kalangan warganet.

 

“Topi keledar menyelamatkan nyawa,” tulis kapsyen pada video berkenaan.

 

 

Mangsa, Alex Silva Peres, 19, hilang kawalan ketika sedang membelok dan jatuh betul-betul di bawah bas yang datang dari arah bertentangan. Kepalanya pula terhantuk pada tayar belakang bas, manakala kenderaan itu berhenti mengejut selepas melanggar topi keledarnya.

mujur ada topi keledar selamatkan lelaki ini dari digilis bas

Peres tidak mengalami sebarang kecederaan meskipun sebahagian topi keledarnya kelihatan rosak. Beliau juga kelihatan menggigil ketakutan selepas dari kejadian.

 

“Memakai topi keledar adalah sama penting untuk pembonceng,” kata Polis Trafik Bengaluru, Dr BR Ravikanthe Gowda.

 

Sumber: Kosmo!