i-Sinar, Squid Game Antara Carian Google Paling Banyak Di Malaysia 2021

Carian Google atau Google Search merupakan laman sesawang enjin yang dimiliki syarikat Google, ia merupakan laman carian paling kerap digunakan di Malaysia dan negara lain serata dunia.

i-sinar, squid game antara carian google paling banyak di malaysia 2021

Google Search telah menerima berjuta-juta pertanyaan oleh para pengguna setiap hari melalui pebagai perkhidmatan yang disediakan, dan seperti biasa pada akhir tahun Google akan menyenaraikan top 10 yang trending sepanjang tahun.

 

Google telah menyenaraikan beberapa carian yang trending di negara ini sepanjang tahun 2021. COVID-19 merupakan antara topik yang dicari, dengan subcarian Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia, MCO 2.0, Semakan vaksin dan lain-lain lagi.

i-sinar, squid game antara carian google paling banyak di malaysia 2021

Selain itu, terdapat juga topik lain yang menjadi carian utama rakyat Malaysia seperti berikut:

Carian

1) i-Sinar

2) Euro 2021

3) Popcat

4) i-Citra

5) Bantuan Prihatin Rakyat

6) English Premier League

7) Google Meet

8) i-Akaun

9) Bantuan Prihatin Nasional

10) Squid Game

 

Atlet

1) Lee Zii Jia

2) Azizulhasni Awang

3) Christian Eriksen

4) Farah Ann Abdul Hadi

5) Aaron Chia

6) Pandelela Rinong Pamg

7) Tom Daley

8) Emma Raducanu

9) Nur Dhabitah Sabri

10) Welson Sim

 

Bantuan Kewangan

1) i-Sinar

2) i-Citra

3) Bantuan Prihatin Rakyat (BPR)

4) Bantuan Prihatin Nasional (BPN)

5) Bantuan Khas COVID-19 (BKC) Semakan

6) i-Lestari

7) Jaringan Prihatin

8) Bantuan Kehilangan Pendapatan

9) Geran Khas Prihatin

10) Moratorium Bank Rakyat

 

Hiburan

1) Squid Game

2) True Beauty

3) Eternals

4) Takdir Yang Tertulis

5) Bigg Boss 4 Vote

6) 你 是 我 的 荣耀 线 上 看 (You Are My Glory)

7) Rindu Awak Separuh Nyawa

8) Mr. Queen

9) 逆 天 奇 案 (Sinister Beings)

10) 星空 下 的 仁 医 (Kids' Lives Matter)

 

Berita Topikal

1) Squid Game

2) Palestine

3) Sugarbook

4) Ivermectin

5) Enhanced Movement Control Order

6) Nanggala 402

7) Timah Whiskey

8) Meta

9) Endemic meaning

10) Darurat

 

Bagi peringkat Global pula, carian top 10 yang trending adalah Australia vs India, India vs England, IPL, NBA, Euro 2021, Copa América, India vs New Zealand, T20 World Cup, Squid Game dan akhir sekali adalah DMX.

 

Menariknya bagi carian Google peringkat Global dibawah kategori makanan, Nasi Goreng menjadi carian kedua terbanyak selepas Birria Tacos. Mungkin pelaksanaan lockdown menyebabkan orang ramai di serata dunia mahu mencari resipi menghasilkan nasi goreng di rumah.

i-sinar, squid game antara carian google paling banyak di malaysia 2021

Kisah 2021 sudah menghampiri penghujungnya, apa agaknya yang menanti kita pada tahun 2022 nanti?

 

Sumber: [1]