Emoji Ketawa Sambil Menangis Paling Banyak Digunakan Tahun Ini

Emoji merupakan lambang ideogram dan smiley yang digunakan dalam pesanan elektronik dan laman web. Emoji terdapat dalam pelbagai jenis rupa termasuklah yang mirip air muka, objek, tempat, cuaca dan haiwan.

emoji ketawa sambil menangis paling banyak digunakan tahun ini

Menurut data yang dikeluarkan Unicode Consortium, emoji muka dengan air mata kegembiraan menjadi emoji paling banyak digunakan secara atas talian pada tahun ini, 2021.

emoji ketawa sambil menangis paling banyak digunakan tahun ini

Emoji yang disebut juga sebagai ‘Tears of Joy’ merangkumi lima peratus daripada keseluruhan emoji yang digunakan, meskipun emoji itu bukanlah menjadi kegemaran generasi Z.

 

Emoji ini bukan sahaja menjadi pendahulu pada tahun ini, malah pernah menjadi senarai emoji popular sejak dari 2017 lagi.

 

“Sekiranya emoji merupakan sesuatu yang diminati oleh generasi Z, ia tidak akan berada pada kedudukan pertama.

“Disebabkan ramai pengguna menggunakan emoji tersebut, meskipun generasi Z merasakan ia membosankan, itu tidak cukup untuk mempengaruhi senarai berkenaan,” kata seorang penyelidik emoji di Google kepada akhbar New York Times.

 

Emoji bentuk hati pula berada di tempat kedua dalam senarai emoji paling popular tahun ini. Berikut adalah top 10 emoji paling popular tahun 2021:

emoji ketawa sambil menangis paling banyak digunakan tahun ini

 

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN