Baru-baru ini, jenama Astro telah berjaya merangkul lima anugerah Putra Brand Awards 2022 menerusi tiga kategori iaitu Media & Networks, Communications Network dan e-Commerce.
Justeru sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan yang diberikan ini, Astro kini memberikan tontonan percuma untuk 10 saluran terpilih menerusi televisyen dan Astro GO mulai 15 hingga 31 Januari 2023.
Antara saluran-saluran serta kandungan-kandungan yang dapat ditonton dalam tempoh tersebut adalah:
o tvN HD (Saluran 395): Rancangan-rancangan Korea hebat termasuk Missing: The Other Side S2 dan Birdie Boys.
o BOO HD (Saluran 404): Filem-filem seram Asia seperti Pengabdi Setan, Hantu Bonceng 2.0 dan Penunggang Agama.
o SHOWCASE MOVIES (Saluran 413): Filem-filem kegemaran ramai termasuk Mission: Impossible - Fallout, The Bourne Legacy dan Baywatch.
o CNN HD (Saluran 511) dan BBC World News HD (Saluran 512): Berita-berita terkini dan pelbagai sudut pandangan dari seluruh dunia.
Pada masa yang sama, Astro akan memperkenalkan empat saluran baharu untuk diprebiu termasuk:
o CBeebies (Saluran 620), yang menawarkan pelbagai kandungan untuk kanak-kanak pra-sekolah termasuk Bluey Season 2, Hey Duggee Season 4, Thomas & Friends, JoJo dan Gran Gran Series 2.
o DreamWorks (Saluran 622), saluran kanak-kanak serta keluarga bersiaran 24 jam yang membawakan filem-filem adiwira Dreamworks termasuk The Boss Baby Back in Business, The Adventures of Puss in Boots, Kung Fu Panda: The Paws of Destiny, Trolls: The Beat Goes On dan Dragons: Races to The Edge dan banyak lagi o Love Nature (Saluran 558) dan Love Nature 4K (Saluran 549) yang memaparkan kisah-kisah yang menakjubkan mengenai keindahan dan kekaguman alam termasuk Africa's Hidden Kingdoms, Shark Squad, Strange Creatures dan New Kids In The Wild. Love Nature turut tersedia dalam 4K untuk semua pelanggan Astro dengan Ultra Box.
o Global Trekker (Saluran 559), saluran yang mempunyai pelbagai genre berasaskan hiburan fakta yang merangkumi budaya, makanan dan penerokaan, inovasi dalam teknologi serta biografi personaliti-personaliti terkemuka termasuk Tech Billionaires: Elon Musk, David Beckham: Infamous, Adele: A New Chapter dan Queen Elizabeth: A Lifetime Of Service.
Selain daripada itu, para pelanggan boleh menikmati saluran pop-up Too FUN (Saluran 100) bermula 14 Januari 2023 sehingga 12 Februari 2023. Too FUN memaparkan pelbagai jenis hiburan termasuk rancangan variasi terkini, drama serta filem termasuk From Beijing with Love, I Fine..Thank You..Love You dan CZ12.
Sementara itu, pelanggan Go Shop akan menerima diskaun sebanyak RM12 untuk pembelian bernilai RM120 dan ke atas dengan kod promo ‘PUTRA12’ bermula 14 Januari 2023 sehingga 3 Februari 2023.