Tonton Pelbagai K-Drama Terhebat Bermula November Ini!

Bermula November ini, pelanggan Astro boleh menantikan tayangan perdana K-Drama terbaru, menampilkan adegan percintaan, komedi, misteri menyeramkan dan muzikal di Astro menerusi tvN (Saluran 395 HD), Oh!K (Saluran 394 HD), K-Plus (Astro GO Saluran 396 HD) dan ONE (Saluran 393 HD).

tonton pelbagai k-drama terhebat bermula november ini!

Pelanggan juga boleh strim episod-episod yang disediakan di Astro GO dan On Demand selepas ditayangkan di TV.

tonton pelbagai k-drama terhebat bermula november ini!

Antara drama yang boleh dinikmati penonton termasuklah:

  • Drama misteri menyeramkan Korea, ‘Secret Royal Inspector & Joy’, menampilkan Ok Taecyeon, Kim Hye-Yoon dan Jae-Kyoon Lee, bermula 9 November di tvN (Saluran 395 HD).
  • Drama percintaan dan sejarah Korea, ‘The Red Sleeve’, dibintangi Lee Joon Ho, Lee Se Young, Kang Hoon, Lee Deok Hwa, bermula 13 November di Oh!K (Saluran 394 HD).
  • Drama percintaan yang menyeramkan, ‘Show Window: The Queen’s House’, membariskan Song Yoon-Ah, Lee Sung-Jae, Hwang Chan-Sung, bermula 30 November di K-Plus (Astro GO Saluran 396 HD).
  • Drama komedi dan muzikal Korea, ‘Let Me Be Your Knight’, menampilkan Lee Jung Young, Jung In Sun dan ramai lagi, pada 14 November di ONE (Saluran 393 HD).
  • Drama percintaan Korea, ‘Melancholia’, dibintangi Lee Do-Hyun dan ramai lagi, pada 11 November di K-Plus (Astro GO Saluran 396 HD).

Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.