Tompok Matahari Makin Besar, Boleh Beri Ancaman Geomagnet

Pakar cuaca kini sedang memberi perhatian kepada satu tompok pada permukaan matahari yang semakin membesar dua kali ganda dalam tempoh hanya 24 jam.

tompok matahari makin besar, boleh beri ancaman geomagnet

Lebih membimbangkan tompok itu menghadap ke arah Bumi dan berpotensi menyebabkan suar suria berlaku secara terus lalu mengakibatkan ribut geomagnetik terhasil.

.

Suar suria dijangka belum berlaku lagi tetapi ia boleh berlaku jika tompok matahari itu terus membesar dan berkelakuan dalam keadaan tidak stabil.

.

Pakar di SpaceWeather.com menjelaskan: "Semalam, tompok matahari AR3038 menjadi besar.

"Hari ini, ia sangat besar. Tompok matahari yang berkembang pesat telah meningkat dua kali ganda saiznya dalam hanya 24 jam.

"AR3038 mempunyai medan magnet 'beta-gamma' yang tidak stabil yang menampung tenaga untuk suar suria kelas M, dan ia menghadap terus ke Bumi."

tompok matahari makin besar, boleh beri ancaman geomagnet

Suar kelas M dianggap kekuatan sederhana dan jika ia sampai ke Bumi ia boleh menyebabkan masalah berlaku kepada signal radio dan komunikasi satelit. Ia juga boleh menyebabkan ribut suria dengan kekuatan yang berbeza-beza.

.

Tompok matahari pula ialah kawasan gelap yang timbul di permukaan Matahari kerana kemagnetan di dalam jisim yang terbakar.

.

Ia boleh bertahan antara beberapa jam hingga beberapa bulan dan dianggap 'mati' apabila ianya mula pecah.

.

Tidak semua tompok matahari menghasilkan suar suria tetapi apabila ia berlaku ia boleh memberi kesan langsung kepada Bumi.

.

Pun begitu, terdapat juga kemungkinan tompok pada matahari yang menghasilkan suar suria namun tidak memberi sebarang ancaman kepada Bumi.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN