Bintang Spider-Man, Tom Holland mengatakan bahawa dia mungkin tidak akan memainkan lagi watak tersebut selepas mencapai usia 30 tahun.
“Jika saya bermain Spider-Man selepas saya berumur 30 tahun, saya telah melakukan sesuatu yang salah.”
Holland pertama kali membuat debut Marvel sebagai Spider-Man dalam filem Captain America: Civil War pada 2016.
Sejak itu, dia mengulangi peranan tersebut untuk francais tersendiri Spider-Man serta dua filem Avengers.
Spider-Man: No Way Home yang ditetapkan untuk tayangan pada 17 Disember bakal menandakan penampilan keenam Holland sebagai watak itu.
Dalam beberapa temu bual, Holland berkata bahawa filem itu adalah filem terakhirnya di bawah kontrak semasanya.
Selain itu, Holland turut berkongsi dengan Entertainment Weekly bahawa dia menjadi emosional pada set No Way Home dan mengatakan bahawa pelakon dan kru telah bertindak seolah-olah filem itu adalah filem terakhir mereka.
“Kami semua menganggap No Way Home sebagai penamat francais. Saya fikir jika kami bernasib baik untuk menyelami watak-watak ini sekali lagi, anda akan melihat versi yang sangat berbeza. Ia bukan lagi trilogi ‘Homecoming’. Kami akan memberi sedikit masa dan cuba membina sesuatu yabg berbeza dan tukar nada filem.”
Tidak jelas sama ada Holland akan muncul semula dalam Marvel Cinematic Universe selepas No Way Home namun dia dilaporkan akan membintangi siri antalogi Apple TV+ yang akan datang berjudul The Crowded Room.
Tetapi, pelakon itu juga sempat memberitahu GQ bahawa dia akan berpuas hati untuk berhenti berlakon juga.
“Saya mungkin akan mula merakam The Crowded Room dan berkata, ‘Anda tahu, inilah yang akan saya lakukan sepanjang hidup saya. Atau saya mungkin melakukan Spider-Man 4, 5, dan 6,’ apabila saya berumur 32 tahun, dan tidak akan melakukannya lagi. Saya tidak pasti apa yang saya mahu lakukan.”
Sumber: [1]