Tol Jadi Percuma Jika Kesesakan Lebih 1km di Indonesia

Dalam usaha memastikan kelancaran lalu lintas sempena Aidilfitri ini, Kementerian Pengangkutan Indonesia memaklumkan pembayaran tol lebuh raya akan menjadi percuma jika berlaku kesesakan lalu lintas lebih satu kilometer.

tol jadi percuma jika kesesakan lebih 1km di indonesia

Menteri Pengangkutan Indonesia, Budi Karya Sumadi mengesahkan perkara itu bagi memastikan tol dilaksanakan ke tahap maksimum semasa mudik lebaran kali ini.

.

“Jika kesesakan di gerbang tol melebihi satu kilometer maka ia tidak perlu dibayar, automatik jadi percuma.

“Ini bagi mengelak kesesakan berlanjutan bagi tempoh yang lama,” jelas Budi.

.

Bagaimanapun perkara itu tidak mendapat sambutan pengguna media sosial di sana kerana kata mereka ia dianggap sebagai strategi pemasan semata-mata.

.

“Adakah jaminan ini boleh dipercayai dan bukah sekadar khabar angin?” komen seorang pengguna media sosial.

.

Sumber: [1]

 

ARTIKEL BERKAITAN