Tol Percuma Dua Hari Sempena Perayaan Deepavali 2023

Tol percuma akan diberikan kepada semua pengguna lebuh raya bermula Sabtu dan Ahad ini, sempena dengan sambutan perayaan Deepavali.

tol percuma dua hari sempena perayaan deepavali 2023

Perkara itu diumumkan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi melibatkan semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di plaza tol di sempadan negara iaitu Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

 

Ujarnya, inisiatif ini adalah bagi meraikan semua rakyat Malaysia, terutamanya kaum India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali.

 

Tambah lagi, tarikh 11 dan 12 November 2023 itu dipilih bertujuan bagi mengelakkan penumpuan trafik pada hari perjalanan pulang ke kampung dan kembali semula ke bandar.

 

Sebanyak 11.8 juta kenderaan dijangka akan menggunakan lebuhraya di Malaysia dalam masa dua hari tersebut.

 

Hati-hati memandu dan sentiasalah berhemah di lebuh raya.

 

Baca: Balik Kampung dari Lembah Klang Masa Cuti Deepavali? Ini Cadangan Masuk Highway PLUS

 

Sumber: Astro AWANI