
Sayur merupakan bahan yang cepat rosak dan layu. Kebiasaannya sayur memang tak tahan lama, walaupun di letakkan di dalam peti ais. Sayur dan buah-buahan haruslah dimakan habis sebelum beli stok yang baru.
Ini adalah petua untuk kekalkan kesegaran sayur agar ia tahan lama.
1. Jangan simpan sayur sayuran dan buah buahan di tempat yang sama kerana buah buahan melepaskan gas etilena yang tinggi dan sayuran sangat sensitif terhadapnya.
2. Jangan basuh buah buahan sebelum menyimpan. Kalau nak basuh buahan, keringkan dulu sebelum masuk ke dalam peti sejuk.
3. Jangan simpan buah buahan dan sayur sayuran di dalam bekas tertutup kerana ia memerlukan oksigen untuk kekal segar.
4. Dinasihatkan keringkan sayur hijau selepas membasuh dan kemudian bungkus bersama surat khabar dan letakkan di dalam beg plastic yang berlubang.
5. Bahan bahan seperti daun kari, daun limau, daun sup dan daun ketumbar harus di simpan di dalam bekas yang tertutup dan dilapikkan dengan tisu kering
6. Brocoli harus di balut dengan menggunakan aliminium foil. Brokoli akan kekal segar dan tak jadi kuning.
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: karteldakwah