Tips Jika Tinggal Kucing Di Rumah Masa Balik Mengundi

Sempena dengan hari mengundi pilihanraya umum ini, sudah pasti ramai yang akan pulang ke lokasi mengundi masing-masing dan terpaksa meninggalkan rumah untuk satu tempoh tertentu.

jangan abai 10 perkara ini jika tinggal kucing di rumah masa balik kampung

Buat pemilik kucing, ada yang memilih untuk meninggalkan kucing kesayangan mereka di hotel kucing, dan ada juga yang pasrah meninggalkan mereka dalam atau luar rumah sahaja.

 

Mungkin berasa lebih selamat jika dibiarkan dalam rumah berbanding melepaskan mereka di luar, namun ada beberapa perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu oleh pemilik kucing sebelum meninggalkan mereka dalam rumah.

jangan abai 10 perkara ini jika tinggal kucing di rumah masa balik kampung

#1 Pastikan kucing anda dimandikan terlebih dahulu. Ia bagi memastikan mereka bersih dan segar serta menjadikan rumah berbau harum apabila anda pulang nanti.

 

#2 Beritahulah kucing anda akan ketiadaan anda nanti. Bercakap dengan mereka seperti biasa dan pujuklah mereka untuk tinggal sendirian. Nampak macam kelakar namun percayalah kucing faham apa yang anda tuturkan.

 

#3 Pastikan anda menggunakan bekas makanan jenis auto dispenser yang boleh membekalkan makanan sentiasa kepada kucing. Bila makanan berkurangan, ia akan jatuh sendiri dalam tempat makan. Jadi tiada masalah kehabisan makanan. Begitu juga dengan air, pastikan ia cukup.

jangan abai 10 perkara ini jika tinggal kucing di rumah masa balik kampung

#4 Letak dua ke tiga bekas pasir untuk kucing melepaskan hajatnya. Kucing akan berasa tidak selesa jika ada najisnya dalam bekas itu. Jadi, pasir yang mencukupi sangat penting sebelum anda meninggalkan mereka.

 

#5 Pastikan pengaliran udara yang baik. Jangan pula dibuka tingkap seluasnya kerana bimbang kucing akan keluar.

 

#6 Pasang lampu atau gunakan fungsi lampu automatik yang akan menyala pada waktu gelap. Meskipun kucing boleh melihat dalam gelap, ia bagi memastikan mereka berasa selamat apabila berada di rumah.

jangan abai 10 perkara ini jika tinggal kucing di rumah masa balik kampung

#7 Kucing suka jika ada teman. Jika anda mempunyai seekor kucing sahaja di rumah, sebaiknya bawa dia pulang bersama atau letakkan di hotel/asrama kucing. Jika ada ada lebih dari seekor, ia tidak mempunyai masalah.

 

#8 Letak pakaian yang sudah dipakai dalam rumah. Kebiasaannya kucing jeis parsi dan campuran cepat berasa sunyi tanpa tuannya. Dengan meninggalkan baju yang sudah dipakai, bau tuannya dari baju itu dapat mengelakkan mereka berasa murung.

 

#9 Letakkan juga mainan untuk mereka bermain semasa ketiadaan anda di rumah. Setidaknya, ia cara untuk buat mereka terlupa akan ketiadaan anda.

 

Sumber: Keluarga.my