Nak Anak Pandai Matematik? Ikut Tips Oleh Angkasawan Negara Ini

Ramai dikalangan ibu bapa di Malaysia mesti sudah familiar dan rajin mengikuti perkembangan anak kembar angkasawan negara iaitu Datuk Dr. Sheikh Muszaphar yang comel dengan teletah bijak mereka. 

 

 

Merujuk video perkongsian beliau di akaun Instagramnya, pasangan kembar Adam dan Noah yang sudah memasuki usia 5 tahun, mendapat perhatian warga sosial media apabila melihat betapa genius nya mereka menjawab soalan Matematik dengan laju. 

nak anak pandai matematik? ikut tips oleh angkasawan negara ini

Kedua-dua mereka dikatakan sudah menguasai tambah dan tolak pada usia yang sangat muda.  

 

Menurut Dr. Sheikh Muszaphar sendiri, sangat penting untuk ibu bapa untuk memastikan anak-anak tahu tentang asas Matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi sebelum anak-anak melangkah ke alam persekolahan tahun satu. 

“That’s how it’s been for all our kids. Good in Maths and you will be good in all subjects,” tambah Dr. Sheikh Muszaphar. 

Di ruangan komen di posting video tersebut, ramai yang kagum dan menanyakan tips daripada Dr. Sheikh Muszaphar. 

 

Antara persoalan yang banyak ditanya, perlu ke ibu bapa menjadi genius dahulu barulah anak-anak pun akan genius juga? Dan bila ibu bapa boleh mengajar dan bagaimana? Ramai yang nak tahu! 

nak anak pandai matematik? ikut tips oleh angkasawan negara ini

Jawapan beliau adalah, lagi cepat permulaan pendidikan, lagi cepat otak anak-anak berkembang dan belajar, tetapi yang paling penting sekali, ibu bapa sendiri perlulah memulakan sistem pendidikan di rumah secara khas kepada mereka sejak dari usia yang muda lagi. 

 

Sumber: Instagram @drsheikhmuszaphar