Sekarang ni aktiviti menanam menjadi trend. Kalau tengok instastory tu mesti ada je orang yang tunjuk tanaman dan mini garden mereka. Tapi, kami tahu mesti ada dalam kalangan korang yang tak tahu apa benda penting untuk menanam kan? So nah kami nak kongsikan:
- Korang tahu tak cahaya itu lebih penting dari air. Pastikan pokok anda menerima cahaya yang secukupnya. Make sure pokok anda mendapat cahaya 6 jam sehari. Dinasihatkan pokok pokok diletakkan di tepi tingkap atau di sliding door. Lebih baik lagi kalau pasangkan artificial lights untuk membantu process photosynthesis.
- Pokok pun perlu pertukaran air, kalau pokok sudah terlalu lama di dalam rumah (1 bulan), alihkan pokok ke luar rumah seperti balcony. Pokok pun macam kita juga perlukan persekitaran yang barulah. Baru lah rancak tumbesaran pokok tu kan?
- Kalau bela pokok indoor kena pastikan ada pengaliran udara yang baik. Tak kisah la kipas atau angin dari luar. Angin dapat menyejukkan pokok. Pokok macam kita juga tak boleh panas nanti rimas.
- Check dulu dengan cucuk compost dengan jari, kalau compost masih pada jari jangan siram dulu. Cara yang terbaik adalah mandikan pokok anda dalam tandas dan biarkan seketika untuk air mengalir keluar pokok. Buat seminggu sekali dan tak perlu pun siram hari hari.
- Sebulan sekali letak baja tahi kambing atau ayam dalam 6 ketul dalam pasu. Biarkan satu malam dan esok bawa masuk semula. Tak payah beli baja mahal mahal.
Selamat mencuba!
Oleh: Khalie Azmi
Sumber: mingguanwanita