Karpet ni antara benda yang paling susah dan malas nak basuh. Tapi, kalau lama sangat tak dibasuh dikhuatiri akan menjadi tempat pembiakan kuman dan bendasing. Maka, akan memberi kesan kepada kesihatan orang dalam rumah.
Jadi, kami nak kongsikan dengan korang semua macam mana nak basuh karpet dengan mudah dan hanya menggunakan garam sahaja.
Bahan-bahan yang korang perlukan:
1. Mop
2. Air yang cukup
3. 2 Sudu garam
4. 1 penutup Pure Detol
Jadi, caranya ialah korang panaskan air hingga menggelegak. Make sure air tu cukup untuk menenggelamkan mop.
Selepas dah mendidih, masukkan dalam baldi. Letakkan garam dan campurkan dengan Pure Dettol. Setelah itu, perah mop sekuat hati sehinggalah tiada titisan air.
Setelah itu, mop karpet tersebut dengan menenyeh pada karpet. Selepas dah settle korang akan tengok perubahan pada air. Then, biarkan karpet korang kering
Simple kan?
Sumber: Vanilla Kismis