Tips Nak Ambil Gambar Seperti Jurugambar Profesional

tips nak ambil gambar seperti jurugambar profesional

Zaman sekarang adalah zaman ‘always ready for the gram’ even kalau bercuti pun mesti nak tangkap gambar cantic-cantik. Sambil makan angin boleh bergambar sebagai kenangan. Lagi lagi kualiti phone camera semakin canggih, semua orang boleh jadi jurugambar. Gambar yang cantik memerlukan tempat yang cantik, lighting yang cukup dan angle yang tepat.

 

Mudah je nak ambil gambar seperti jurugambar professional, ikut tips ini!

  1. Tempat yang cantik & menarik:

Sebelum travel ke sesuatu tempat, dapatkan info dan google tempat tempat yang menarik yang bakal dikunjungi. Kenal pasti cuaca dan pakaian yang sesuai untuk bergambar.

  1. Posing

Posing yang baik akan mencantikan lagi gambar tersebut. Korang belajar la cara nak pose, jangan berdiri tegak macam kayu pula. Ataupun korang boleh google dulu gambar-gambar yang cantik untuk rujukan.

  1. Tripod & monopod:

Kepada solo traveler jangan lupa bawak tripod atau monopod. Boleh la selfie & berOOTD walaupun seorang diri.

  1. Mood membuatkan gambar lebih berkesan

Kekal happy dan enjoy sepanjang percutian kerana mood adalah sangat penting untuk menghasilkan gambar yang cantik.

  1. Cuba pelbagai aktiviti

Tak salah untuk mencuba sesuatu di tempat orang seperti flying fox, naik belon panas or makan ice cream. Kepelbagaian ini membuatkan gambar lebih menarik.

Oleh: Khalie Azmi

Sumber: Scarfsweethoney