Buat pencinta kucing khasnya mereka yang membela kucing dalam rumah hingga ada yang sampai 10 ekor dalam satu masa, pasti berhadapan dengan bau yang kurang menyenangkan.
Meskipun sudah membersihkan pasir dan sangkar mereka, bau kurang menyenangkan itu tetap ada dalam rumah.
Tahukah anda, dengan menggunakan kulit kayu manis, bau kurang menyenangkan itu boleh dikurangkan dengan mudah.
Memetik video Tiktok @qienaibrahim, anda hanya memerlukan bahan mudah seperti bekas simpanan dan juga beberapa batang kulit kayu manis.
Pertama sekali, letakkan kulit kayu manis dalam bekas berisi air dan letakkan pada bahagian tersorok seperti dibawah kabinet.
Bekas ini juga boleh diletakkan di beberapa ruangan dalam rumah dan pastikan airnya jernih. Jika air sudah berbuih dan pekat, buat set yang baru.
“Rumah saya flat ada 10 ekor kucing, memang setiap penjuru saya letak air kayu manis ni, memang tiada bau,” tulis seorang netizen yang turut mempraktikan tips ini.
Selamat mencuba!
Sumber: Tiktok