Para ibu yang selalu memasak pasti penat nak menghadapi situasi menyental kuali lepas memasak kan? Kadang-kadang tu sampai sakit tangan nak cuci kerak kuali tu. Haa, ramai yang tidak tahu tips berguna ni.
Sebuah pengguna Tiktok @JulesPitch ada berkongsi tips yang sangat mudah untuk mencuci kerak kuali dengan cepat. Dah tak perlu susah-susah gosok sampai sakit tangan guna berus dawai. Dapur pun jadi wangi!
Ini adalah cara untuk mencuci kerak kuali semudah ABC:
-
Tuangkan air ke dalam kuali mengikut paras kerak tersebut (Banyak pun tidak mengapa) dan panaskan kuali tersebut di atas dapur.
-
Letak serbuk sabun basuh baju mengikut sukatan yang bersesuaian.
-
Semasa rebusan, ia akan menyebabkan wap-wap sabun baju tadi dan boleh mewangikan satu rumah anda.
-
Selepas selesai tutup api dan tapiskan ke dalam singki. Di proses ini anda akan lihat kerak-kerak akan tertanggal tanpa perlu menggosok.
-
Cuci kuali seperti biasa sehingga bersih perlu menggosok dengan kuat.
-
Dan akhirnya bilas dengan air bersih dan siap!
Kalau mudah macam ni, lagi bersemangat lah kita nak memasak kan? Selamat mencuba.
Sumber: Tiktok @JulesPitch