Banyak Open House Masa Raya? Ini Yang Perlu Anda Buat Demi Kesihatan Diri

Time-time raya ni lah banyak open house yang kita pergi. Makan itu ini tak kira benda semua kita telan. Hormat tuan rumah gitu. Sampikan terlupa kesihatan kena jaga. 

banyak open house masa raya? ini yang perlu anda buat demi kesihatan diri

Jadi, hari ni kami nak kongsi dengan korang tips untuk menjaga pemakanan sepanjang Syawal. Takde lah masa raya nanti berat badan terus mencanak naik. 

 

1. Bawa air kosong atau mineral sendiri. Kalau segan nak minta dengan tuan rumah elok lah korang bawa sendiri. 

.

2. Makan dalam jumlah yang kecil. Makan semua benda tapi ambil sikit-sikit. Contoh, ambil laksa sesudu, bihun sup sesudu dan lain-lain. Sekadar rasa je. 

.

3. Amalkan sederhana. Kalau agak perut tu dah ketat dan sendat elok-elok lah berhenti mengunyah. 

.

4. Kalau ada buah, mulakan dengan buah terlebih dahulu. 

.

5. Kurangkan makan makanan yang berkuah atau bersantan. Kalau itu je ada, boleh lah ambil. Tapi jangan banyak. 

.

6. Kalau jenis yang mengadap tv tu, jangan lah tengok TV sambil mengunyah kuih raya. Seeloknya gantilah dengan snek yang lebih sihat seperti kekacang atau buah-buahan.

.

Dengan cara di atas, diharapkan dapat membantu anda menjaga kesihatan dengan baik ketika menghadiri open house raya. Selamat hari raya!

ARTIKEL BERKAITAN