Tips Jaga Diri Ketika Melancong!

tips jaga diri ketika melancong!

Memandangkan kita masih berada dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan rakyat Malaysia masih tidak dibenarkan untuk keluar negara. Kelihatan kebanyakan rakyat Malaysia memilih untuk bercuti di Malaysia bagi menghilangkan rasa bosan selepas beberapa bulan terkurung di rumah.

Ada yang memilih untuk bercuti ke pantai dan pulau, ada juga yang lebih suka untuk berjalan ke eko pelancongan seperti hutan dan air terjun, ada juga yang inginkan percutian singkat ataupun ‘roadtrip’ bersama keluarga dan rakan rakan. Kemana pun destinasi kita, jangan lupa untuk sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

1. Bawa semua kelengkapan kesihatan diri

Jangan lupa untuk bawa hand sanitizer, penutup muka, wet wipes, sarung tangan, ubat dan sebagainya. Tak rugi pun kalau korang bawa, percayalah ia sangat berguna. Lagipun sekarang ni kalau korang tak pakai penutup muka, akan dikenakan saman RM1000!

2. Penumpang semua sihat

Lagi elok kalau dihadkan jumlah penumpang kerana dalam kereta susah untuk jaga jarak. Sebelum bertolak, pastikan setiap orang dalam keadaan sihat.

3. Jangan kerap sangat berhenti R&R

Menjadi kebiasaan kalau kita ‘roadtrip’ mesti akan berhenti kawasan rehat (R&R) sepanjang perjalanan, tetapi dinasihatkan kalau tiada sebarang keperluan, lebih baik korang tak perlu berhenti. Bawa makanan dan minuman daripada rumah untuk dimakan di dalam kereta. Lebih jimat dan selamat!

4. Penggunaan kemudahan awam

Tidak dinafikan kemudahan awam memang dipakai oleh orang ramai seperti tandas, tempat cuci tangan dan korang diarahkan untuk membawa telekung sendiri.

 

Oleh: Khalie Azmi