Hilang Kasih Sayang Pada Anak Tanda Ibu Ayah Alami Burnout

Burnout atau tekanan bukan sahaja boleh berlaku kepada mereka yang bekerja, malah kepada sesiapa sahaja termasuklah ibu dan bapa.

hilang kasih sayang pada anak tanda ibu ayah alami burnout

Baru-baru ini, seorang ibu meluahkan rasa tekanan yang dihadapinya akibat menjaga dua orang anaknya yang masih kecil dalam keadaan suami tinggal berasingan. Perkara itu turut mendapat perhatian dan komen dari ramai pihak.

.

Menurut Pakar Psikatri dan Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Rozanizam Zakaria berkata, masalah itu disebut juga sebagai parental burnout.

hilang kasih sayang pada anak tanda ibu ayah alami burnout

Istilah parental burnout adalah keadaan ibu dan bapa yang kepenatan secara fizikal, mental dan emosi. Antara gejala umum seseorang mengalami parental burnout adalah seperti:

i. Hilang atau kurangnya kasih sayang pada anak.

ii. Datang fikiran kita bukan ibu atau ayah yang baik.

iii. Selalu mudah marah.

iv. Selalu kelesuan.

v. Kesihatan merosot.

vi. Rasa sunyi atau sendirian.

.

Untuk mengatasi masalah parental burnout, beberapa pendekatan boleh dilaksanakan seperti:

i. Dapatkan bantuan dan jangan takut untuk menyuarakan masalah kepada orang sekeliling.

ii. Sediakan ruang untuk penjagaan diri sendiri seperti tidur yang mencukupi, makanan teratur dan masa untuk aktiviti riadah (mengikut kemampuan anda).

iii. Amalkan teknik relaksasi secara berkala.

iv. Tetapkan had berdasarkan kemampuan anda secara realistik. Sebagai contohnya, jujur untuk menolak tugasan yang dirasakan tidak mampu, tak apa jika kadangkala rumah bersepah.

v. Perbaiki perspektif terhadap masalah iaitu melihat hikmah dan kebaikan yang datang melalui sesuatu ujian.

vi. Belajar mengendalikan stres.

vii. Menyusun tugasan mengikut prioriti.

viii. Bersifat realistik dan praktikal dalam sesuatu tugas. Jangan terlalu mengejar kesempurnaan, terlalu mengambil perhatian kepada kritikan.

ix. Orang sekeliling juga perlu main peranan dengan berkongsi bebanan secara bersama.

x. Bina kekuatan spiritual untuk membina ketahanan diri.

.

Sebagai masyarakat, kita juga boleh membantu seseorang yang mengalami burnout dengan mengamalkan 3L iaitu Look (memerhati), Listen (mendengar) dan Link (berhubungan).

.

Jika anda mempunyai sebarang masalah berkaitan kesihatan mental, sila dapatkan nasihat dan rawatan segera daripada yang pakar.

.

Sumber: [1]