Tindakan Saman Boleh Diambil Jika Pasangan Berlaku Curang [Video]

Kecurangan atau perselingkuhan difahamkan sebagai tindakan melanggar persetiaan hubungan yang terjalin bersama pasangan tanpa rasa jujur si pelaku kepada pasangan tersebut sehingga mengakibatkan perasaan marah, cemburu, dan persaingan.

tindakan saman boleh diambil jika pasangan berlaku curang [video]

Mereka yang dicurangi biasanya akan berdepan dengan perasaan sedih, kecewa dan marah hingga boleh menyebabkan masalah lain seperti tekanan berlaku.

 

Tahukah anda, tindakan saman boleh diambil jika seseorang itu berdepan dengan situasi pasangannya curang?

 

Memetik video penerangan seorang peguam yang dikenali sebagai Lawyer Gandhi di Tiktok, selain suami tindakan saman ini juga terpakai jika ada isteri yang berlaku curang.

 

“Bagi yang beragama Islam, tindakan saman boleh diambil terhadap pasangan yang didapati curang dengan membuat laporan bersama bukti yang mencukupi untuk dihantar ke pejabat agama.

“Bagi yang bukan beragama Islam pula, tindakan kepada pihak yang telah merosakkan rumah tangga boleh diambil sama-sama dengan pemfailan petisyen penceraian,” jelasnya.

tindakan saman boleh diambil jika pasangan berlaku curang [video]

Ujarnya, bukti seperti perbualan di WhatsApp yang menunjukkan dengan jelas bahawa pasangan berlaku curang boleh dijadikan sebagai salah satu bahan bukti untuk dibicarakan di mahkamah.

 

“Antara bukti kukuh yang lain adalah seperti sijil atau gambar pasangan anda telah berkahwin di luar negara, resit masuk ke dalam hotel dan jika pasangan anda telah menerima anak dengan orang yang ketiga,” ujarnya.

 

@lawyergandhi Saman suami curang? Bagi Muslim, boleh saman suami curang. Bagi bukan Muslim, boleh ambil tindakan terhadap pihak ketiga. #curang #madu #perceraian #lawyergandhi #learnontiktok ♬ Dawai (From "Air Mata Di Ujung Sajadah") - Fadhilah Intan