TikTok Sekat Cabaran Curi Barang Sekolah, Ramai Pelajar Ditahan

Aplikasi TikTok merupakan satu platform media sosial yang membolehkan pengguna berkongsi dan menonton pelbagai jenis video pendek. Menerusi aplikasi ini, banyak cabaran atau ‘challenge’ yang dibuat dan mendapat sambutan serata dunia.

tiktok sekat cabaran curi barang sekolah, ramai pelajar ditahan

Terbaru, pengguna TikTok telah di ‘cabar’ untuk melakukan #DeviousLick, dimana pelajar akan mencuri apa sahaja barangan daripada sekolah masing-masing.

tiktok sekat cabaran curi barang sekolah, ramai pelajar ditahan

Cabaran yang nyata menyebabkan kerosakan harta benda ini telahpun mendapat perhatian TikTok dan akhirnya carian mengenainya telahpun disekat.

tiktok sekat cabaran curi barang sekolah, ramai pelajar ditahan

Malah, dalam satu kenyataan TikTok mengambil tanggungjawab sebagai platform dalam komuniti, juga menyekat konten video yang melakukan aktiviti tidak bermoral seperti ini.

 

“Kami mengharapkan komuniti kami mencipta kandungan dengan bertanggungjawab sama ada dalam talian dan dalam kehidupan sebenar.

“Kami telah membuang kandungan, mengarahkan semula tanda pagar & hasil carian ke Garis Panduan Komuniti kami untuk mencegah tingkah laku tersebut. Harap anda berlaku baik kepada sekolah & guru anda,” ujarnya.

 

Cabaran itu juga menggunakan versi laju lagu ‘Ski Ski BasedGod’ oleh penyanyi rap, Lil’B sebagai lagu latar.

tiktok sekat cabaran curi barang sekolah, ramai pelajar ditahan

Dalam insiden yang sama, sebuah sekolah di Florida, Amerika Syarikat telah menahan seorang pelajar berusia 15 tahun kerana merosakkan tandas sekolah selepas menyahut cabaran #DeviousLicks ini di TikTok.

 

Sumber: [1], [2], [3]