TikTok Tingkatkan Lagi Durasi Video Hingga 10 Minit

Aplikasi TikTok cukup dikenali ramai masa kini kerana ia menyediakan kandungan video pendek yang boleh dikongsikan penggunanya.

tiktok tingkatkan lagi durasi video hingga 10 minit

Selepas meningkatkan panjang video daripada 15 saat kepada 1 minit dan kemudiannya 3 minit, TikTok dilaporkan akan meningkatkan lagi durasi masa kepada 10 minit.

 

Perubahan ini secara tidak langsung akan memberi saingan kepada YouTube sebagai penawaran video format panjang pula.

 

Aplikasi TikTok yang diakui menjadi saingan kepada Facebook merupakan platform media sosial yang popular dalam kalangan muda. Mungkin dalam masa beberapa tahun sahaja lagi, Tiktok tidak lagi dikenali sebagai platform video pendek, sebaliknya menghampiri kepada fungsi YouTube.

 

Sementara TikTok akan membenarkan video dengan durasi panjang pada aplikasinya, YouTube pula sedang memfokuskan ciri video pendek yang dikenali sebagai YouTube Shorts.

 

Sumber: [1]