TikTok Kini Aplikasi Nombor 1 Paling Ramai Guna di Dunia, Kalahkan IG, WhatsApp, FB

Platform media sosial China iaitu TikTok telah dinobatkan sebagai aplikasi nombor satu dunia dengan 54 juta muat turun baharu, mengalahkan Instagram dengan perbezaan hanya dua juta.

tiktok kini aplikasi nombor 1 paling ramai guna di dunia, kalahkan ig, whatsapp, fb

Menurut laporan CNN Indonesia, platform popular itu berjaya menewaskan Instagram, yang telah berada di kedudukan teratas sejak Disember tahun lalu.

 

Bagaimanapun, Instagram berubah menjadi tempat kedua dengan 52 juta muat turun di App Store dan Google Play Store, menurut laporan App Figure.

tiktok kini aplikasi nombor 1 paling ramai guna di dunia, kalahkan ig, whatsapp, fb

Sementara itu, Facebook, Telegram dan WhatsApp masih kekal di tempat lima teratas sebagai aplikasi yang paling banyak dimuat turun pada bulan Ogos.

 

Telegram yang dahulunya berada di kedudukan tercorot, mula mendapat perhatian dengan 25 juta muat turun baharu dan menduduki tempat lima teratas.

tiktok kini aplikasi nombor 1 paling ramai guna di dunia, kalahkan ig, whatsapp, fb

Selain itu, aplikasi terbaharu iaitu Temu, berada dalam top 10 carta App Store di tempat ke-8, dengan 22 juta muat turun. Aplikasi itu menunjukkan peningkatan positif sebanyak 50 peratus dalam Play Store pada tahun 2023.

tiktok kini aplikasi nombor 1 paling ramai guna di dunia, kalahkan ig, whatsapp, fb

Berikut adalah senarai kedudukan aplikasi yang paling banyak di muat turun di Google Play dan App Store:

1. TikTok: 54 juta

2. Instagram: 52 juta

3. Facebook: 42 juta

4. Whatsapp: 37 juta

5. Telegram: 25 juta

6. CapCut: 25 juta

7. Snapchat: 22 juta

8. Temu: 22 juta

9. SHEIN: 21 juta

10. Whatsapp Business: 19 juta

 

Aplikasi yang paling banyak dimuat turun di Play Store:

1. Instagram: 42 juta

2. TikTok: 38 juta

3. Facebook: 35 juta

4. Whatsapp: 27 juta

5. Telegram: 18 juta

6. Snapchat: 17 juta

7. Whatsapp Business: 16 juta

8. SHEIN: 14 juta

9. CapCut: 14 juta

10. Messenger: 13 juta

 

Aplikasi yang paling banyak dimuat turun di App Store:

1. TikTok: 16 juta

2. Temu: 12 juta

3. CapCut: 11 juta

4. Google Maps: 11 juta

5. Threads: 10 juta

6. Google: 10 juta

7. Instagram: 10 juta

8. Youtube: 9 juta

9. Whatsapp: 9 juta

10. Gmail: 8 juta

 

Sumber: CNN Indonesia