Puasa Bukan Alasan Untuk Tidak Bersenam, Ini Tiga Sebabnya

Meskipun kita berada dalam keadaan lapar dan dahaga ketika berpuasa di siang hari pada bulan Ramadan, ia bukanlah alasan untuk kita abaikan bersenam.

puasa bukan alasan untuk tidak bersenam, ini tiga sebabnya

Tahukah anda, terdapat beberapa kebaikkan yang menggalakkan seseorang itu berpuasa dan melakukan senaman?

.

Menurut Pakar Nutrisi Kesihatan Persatuan Pemakanan Sukan Antarabangsa (ISSN) Aimran Jamil berkata, dengan senaman ia membantu seseorang itu untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat, khasnya ketika sedang berpuasa ini.

.

"Cukup hanya dengan defisit kalori dan jaga pemakanan, berat badan akan mampu dikurangkan,” katanya.

.

Berikut adalah tiga sebab kenapa bersenam perlu ketika berpuasa:

  • Bersenam mampu membuatkan umat Islam lebih cergas beribadah pada bulan Ramadan.
  • Fungsi senaman adalah untuk kekalkan berat badan dan kecergasan.
  • Tubuh akan lebih peka ketika solat tarawih dan dapat tidur lebih nyenyak.

puasa bukan alasan untuk tidak bersenam, ini tiga sebabnya

Tips melakukan senaman ketika berpuasa:

  • Waktu yang sesuai untuk bersenam adalah 30 minit atau sejam sebelum berbuka.
  • Tidak perlu berlebihan sampai penat atau tekak kering.
  • Cukup dengan berpeluh, contohnya kalau berlari tetapkan dulu masa selama 30 minit kemudian naikkan kepada 40 minit.

.

Bagi mengelakkan tubuh lesu ketika berpuasa:

  • Kalori yang diambil perlu hampir sama ketika bersenam pada hari biasa.
  • Pengambilan karbohidrat dan minuman bergula berlebihan perlu dielakkan.
  • Pengambilan protein akan bantu baiki semula tubuh selepas bersenam, di mana proses kecut regang otot berlaku.
  • Sel darah, otot dan hormon semuanya dibina melalui protein akan membantu tubuh berfungsi dengan baik.
  • 2 biji telur rebus semasa sahur cukup untuk sumber protein sepanjang hari.

.

Makan selepas senaman dapat menggantikan kalori yang anda telah gunakan.

1. Penting untuk menambah glikogen yang telah habis digunakan semasa latihan.

2. Makan makanan berunsurkan protein selepas senaman menjadi kemestian untuk proses pemulihan otot dengan cepat, terutamanya selepas latihan berat badan (weightlifting).

3. Makan makanan yang mengandungi elektrolit (mineral yang perlu dibakar oleh neuron anda), yang perlu diganti akibat kehilangan semasa berpeluh.

.

Apabila tidak makan selepas melakukan senaman, tubuh boleh mengalami keletihan dan gula dalam darah menjadi rendah. Tanpa kemasukan nutrisi juga menghalang proses pembaikan otot dalam badan.

.

Dapatkan nasihat doktor dan pakar jika anda mempunyai sebarang komplikasi akibat daripada senaman ketika berpuasa ini.

.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN