Bandar Ini Dikuarantin Lepas Tiga Maut Sebab Virus Misteri, Akibatkan Hidung Berdarah

Tiga orang telah dilapor maut akibat dijangkiti sejenis virus misteri yang menyebabkan pendarahan hidung di Burundi, Afrika Barat.

bandar ini dikuarantin lepas tiga maut sebab virus misteri, akibatkan hidung berdarah

Virus yang dijangkiti akibat pepijat yang tidak dikenalpasti itu telah menyebabkan gejala seperti demam, sakit kepala, pening dan muntah.

 

Menurut laporan, kawasan di Baziro telah dikuarantin selepas dua daripada kes yang dijangkiti dipindahkan ke sana untuk rawatan.

 

Jururawat dari pusat kesihatan Migwa berkata, penyakit bawaan virus itu dapat ‘membunuh dengan cepat’, dengan tiga kematian dilaporkan setakat ini dalam tempoh 24 jam selepas pesakit menunjukkan simptom.

 

Punca kematian dan virus itu juga sedang dalam siasatan. Kementerian Kesihatan Burundi juga menolak ia adalah berpunca dari Ebola atau Marburg dan sedang meneliti virus terbaharu yang didakwa pepijat haemorrhagic.

 

Terdahulu, negara jirannya iaitu Tanzania mengumumkan terdapat jangkitan virus Marburg, hinggakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan risiko penyakit itu sebagai ‘sangat tinggi’ kepada negara sekitar.

 

Virus Marburg merupakan patogen yang jarang berlaku namun dilaporkan sangat berbahaya. Ia menyebabkan demam teruk, pendarahan dan kegagalan organ.

 

Sumber: Mirror