Tiga Masjid Di KL dan Putrajaya Digerakkan Sokong Kempen #GengSubuhMacamJumaat

Bertitik tolak daripada kejayaan kempen yang digerakkan oleh selebriti, Alif Satar, #GengSubuhMacamJumaat akan diperluaskan di tiga masjid utama dibawah kendalian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

tiga masjid di kl dan putrajaya digerakkan sokong kempen #gengsubuhmacamjumaat

Tiga masjid berkenaan ialah Masjid Negara di Kuala Lumpur, serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.

 

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar, perancangan sedang dibuat bersama agensi serta selebriti berkenaan dengan program pertama dijangka diadakan pada 27 Jan ini.

 

Sementara itu, kempen #GengSubuhMacamJumaat yang dimulakan Alif sejak Disember lalu turut menjadi ikutan ramai dan turut digerakkan pempengaruh lain di seluruh negara.

 

Antaranya, seramai lebih 12,000 jemaah hadir untuk solat Subuh berjemaah di Masjid Sultan Iskandar, Johor, baru-baru ini, hingga mendapat pujian ramai pihak.

 

Sumber: Astro AWANI