Tiga Lelaki Menyamar Polis, Kejar Kereta Atas Highway PLUS Di Johor

Hujung minggu lalu, tular di media sosial satu video yang menunjukkan sekumpulan lelaki memakai pakaian seragam anggota pasukan keselamatan sedang mengejar sebuah kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan.

tiga lelaki menyamar polis, kejar kereta atas highway plus di johor

Kumpulan lelaki yang dipercayai menyamar itu dilihat sedang mengejar sebuah kenderaan di kilometer 41.5 arah utara berhampiran susur keluar Sedenak di Kulai.

 

Susulan daripada kejadian, polis daerah Kulai telah menerima laporan berkenaan video berdurasi 27 saat itu daripada seorang anggota polis pada jam 1.52 tengah hari.

tiga lelaki menyamar polis, kejar kereta atas highway plus di johor

"Satu video dimuat naik oleh seorang pemilik akaun 'Freeman Gan WT' di laman Facebook memaparkan dirinya dikejar sebuah kereta yang menyamar sebagai pasukan polis semasa mangsa dalam perjalanan dari Singapura ke Genting Highlands melalui lebuh raya.

"Suspek dipercayai tiga lelaki bangsa tidak pasti memakai pelitup muka dan menggunakan lampu beacon biru seakan pasukan polis telah cuba menahan mangsa dengan membuat isyarat tangan agar mangsa memberhentikan kenderaan yang dipandu," demikian menurut kenyataan.

 

@miyomiyo123 #sharingiscaring mohon share supaya semua ambil tahu dan kita terselamat dari penyangak menyamar sebagai polis untuk menyamun & merompak. Kejadian 5/6/2023 di Kulai Highway Johor. Bila ada polis tahan macam ni jangan berhenti. Polis hanya guna kereta pasukan PDRM ketika bertugas. Tak ada polis gila tahan orang macam samseng macam ni. Jangan berhenti. Terus ke tempat orang ramai atau cari balai polis berdekatan. Jangan panik. Semoga kita dilindungi dari ancaman penjenayah #fyp #fypシ #viral #fypviralシ #fypviral ♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs - Skittlegirl Sound

 

Polis kini masih mengesan pemilik kenderaan dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

tiga lelaki menyamar polis, kejar kereta atas highway plus di johor

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai atau menghubungi talian 07-6637 222 atau pegawai penyiasat di talian 010-7647 789.

 

Sumber: Astro Awani