Tiga Dos Sinovac Beri Perlindungan 94 Peratus Terhadap Omicron

Kajian terbaru menunjukkan tiga dos vaksin COVID-19 keluaran Sinovac mampu menghasilkan antibodi peneutralan sebanyak 94 peratus terhadap varian Omicron.

tiga dos sinovac beri perlindungan 94 peratus terhadap omicron

Menurutnya, penghasilan antibodi peneutralan dalam tubuh manusia hanya pada kadar 35 peratus selepas dua dos suntikan.

 

Kajian dilakukan dengan melibatkan 20 individu yang menerima dua dos suntikan dan 48 individu lain yang menerima tiga dos vaksin jenis Sinovac.

 

Hasilnya, 7 daripada kumpulan pertama penerima dan 45 daripada kumpulan kedua didapati positif dalam meneutralkan antibodi menentang varian COVID-19 Omicron.

 

Menurut Sinovac, kajian pemberian dos penggalak adalah amat berkesan terhadap varian berkenaan.

 

Omicron yang pertama kali dikenalpasti pada November kini dilaporkan menular kepada 77 negara dan wilayah. Britain juga telah melaporkan kes kematian pertama melibatkan Omicron pada Isnin lalu.

 

Sumber: [1]