Betul Ke Tidur Peluk Bantal Tanda Orang Tu Penyayang?

Waktu tidur merupakan waktu yang penting dalam kehidupan kita seharian. Tidur juga adalah waktu rehat terbaik untuk proses penggantian sel badan.

 

Ramai juga tidak sedar posisi tidurnya setiap malam. Ada yang meniarap, ada juga yang terlentang. Malah, ada juga yang menyilangkan kaki dan juga tidur dalam keadaan mata celik!

betul ke tidur peluk bantal tanda orang tu penyayang?

Bahasa badan yang ditonjolkan semasa kita tidur sebenarnya mungkin menceritakan sedikit sebanyak personaliti kita yang sebenar.

 

Menurut Pengarah Perkhidmatan Penilaian dan Penasihat Tidur, Professor Chris Idzikowski, posisi semasa tidur banyak menceritakan tentang personalit diri seseorang. Berikut adalah antara posisi semasa tidur dan hubungannya kepada personaliti individu itu:

 

1. Melengkung seperti bayi

betul ke tidur peluk bantal tanda orang tu penyayang?

Mereka yang tidur dalam keadaan ini memberi rasa selamat semasa tidur. Individu yang tidur dalam posisi ini dikatakan sensitif dan sukar ditafsirkan. Mereka pemalu pada pertemuan pertama, namun sebenarnya peramah dan senang untuk berborak.

 

2. Tidur kedua tangan disisi

betul ke tidur peluk bantal tanda orang tu penyayang?

Anda mungkin seorang yang senang, sosial dan mudah percaya orang tidak dikenali. Akibatnya, anda senang ditipu oleh sesiapa sahaja.

 

3. Tidur peluk bantal.

betul ke tidur peluk bantal tanda orang tu penyayang?

Dikatakan mereka yang tidur peluk bantal adalah orang yang penyayang, romantik dan menghargai setiap hubungannya sesama insan.

 

4. Tidur meniarap

betul ke tidur peluk bantal tanda orang tu penyayang?

Tidur seperti ini boleh mendorong kepada sakit belakang. Individu yang tidur dalam keadaan ini dikatakan tegas dan rumit. Mereka berani dalam banyak perkara, tetapi sukar juga menerima kritikan dan sensitif.

 

5. Tidur tegak bagaikan askar

betul ke tidur peluk bantal tanda orang tu penyayang?

Tidur dalam posisi ini menunjukkan anda seorang yang pendiam, dan ada pendirian sendiri.

 

6. Tidur gaya bebas

betul ke tidur peluk bantal tanda orang tu penyayang?

Juga dilabel sebagai ‘tidur buas’, individu dengan tidur gaya bebas ini merupakan orang yang aktif dan tidak terikat dengan mana-mana perkara dalam hidup. Anda gemar melakukan apa sahaja, asalkan ia membahagiakan anda.

 

Selain daripada enam gaya tidur yang popular diatas, ada banyak lagi posisi tidur dan penerangan personaliti individu tersebut seperti yang diterbitkan dalam kajian Sleeping Position Personality Analysis.

betul ke tidur peluk bantal tanda orang tu penyayang?

Sumber : [1], [2]