Percutian menyeronokkan sempena menyambut hari jadi bertukar menjadi mimpi ngeri selepas empat sekawan dimasukkan ke lokap.

Seorang pelancong dari Indonesia bersama tiga lagi rakannya ditahan selama 14 jam selepas bedak ketiak yang dibawa disangka dadah oleh pihak hotel.
Bilik mereka diserbu sembilan orang polis, dengan bedak tawas yang disangka dadah itu dirampas.

Dipetik dari Harian Metro, mereka mendakwa mereka dimasukkan ke dalam lokap, dibiarkan tidur di atas lantai serta diberi makan sekali sahaja. Namun, dibebaskan 14 jam kemudian selepas keputusan ujian makmal mendapati serbuk putih itu bukan dadah.