Tidur Berdengkur Sebenarnya Boleh Sebabkan Korang Cepat Menua!

Korang tahu tak, tabiat berdengkur bukan sahaja menandakan kualiti tidur kurang elok, tetapi menurut kajian, ia juga mampu menjadi korang lebih cepat tua.

tidur berdengkur sebenarnya boleh sebabkan korang cepat menua!

Berdengkur, merupakan salah satu punca Apnea Tidur Obstruktif (OSA) yang paling jelas, ia berlaku apabila saluran pernafasan seseorang itu menyempit ketika dia sedang tidur yang mana udara tidak boleh melalui saluran sempit tersebut dengan mudah sehingga menyebabkan bunyi dengkuran.

Terbaru, kajian mendapati bahawa OSA yang tidak dirawat - yang menyebabkan dengkuran - boleh mempercepatkan proses penuaan juga.

Dalam kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik dari Sekolah Perubatan Universiti Missouri dan diterbitkan dalam ‘European Respiratory Journal’, mereka mendapati bahawa penuaan yang disebabkan oleh OSA boleh dibendung sekiranya rawatan yang sewajarnya diberikan kepada pesakit.

Untuk kajian ini, para penyelidik mengkaji 16 bukan perokok dewasa yang mempunyai OSA dan membandingkannya dengan kumpulan kawalan lapan individu yang tidak mengalami OSA.

Kajian itu diteruskan untuk tempoh setahun, yang mana mereka mendapati masalah tidur berkaitan OSA seperti tahap oksigen rendah dan kualiti tidur yang lemah, mempercepatkan proses penuaan biologi pada orang dewasa.

Subjek yang menghidap OSA kemudiannya dirawat untuk penyakit tersebut dan didapati proses penuaan yang dipercepatkan boleh dihalang dan sebenarnya, sebahagiannya dipulihkan jika pesakit menerima rawatan yang berkesan untuk masalah kesihatan, seperti bernafas melalui mesin CPAP.

Rene Cortese, penolong profesor di Jabatan Kesihatan Kanak-Kanak dan Jabatan Obstetrik, Ginekologi dan Kesihatan Wanita dan juga salah seorang penyelidik kertas itu berkata bahawa kejayaan besar dalam membalikkan proses penuaan dengan mesin CPAP bergantung pada penggunaan yang ketat, dengan sekurang-kurangnya empat jam setiap malam.

Saintis itu seterusnya menambah, walaupun kajian ini adalah langkah awal yang baik dalam memahami kesan OSA, ia tidak terpakai kepada kumpulan risiko lain seperti kanak-kanak.

OSA boleh dirawat tetapi kebanyakan orang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai OSA.

Antara gejala OSA termasuk pernafasan terhenti seketika semasa tidur, mimpi buruk dan peningkatan kekerapan membuang kecil.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN