Tidak Dibenarkan Rentas Negeri Untuk Sambut Ramadan

Mana-mana individu yang didapati melanggar larangan rentas negeri bakal dikenakan tindakan saman.

tidak dibenarkan rentas negeri untuk sambut ramadan

Perkara tersebut didedahkan Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kasim.

Terang beliau, hanya individu yang mempunyai dokumen kebenaran rentas negeri dibenarkan untuk meneruskan perjalanan.

Dalam pada itu, pemeriksaan ketat di semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri bakal diperketatkan lagi demi membendung penularan COVID-19 di seluruh negara selain meminimumkan pergerakan individu atau kenderaan.

“Saya percaya hujung minggu ini akan terdapat peningkatan pergerakan di jalan atau lebuh raya untuk pulang ke kampung bagi meraikan hari pertama Ramadan memandangkan tahun lepas mereka tidak dapat pulang kerana Perintah Kawalan Pergerakan.”

Tambahnya lagi, sekiranya mana-mana individu tidak bertanggungjawab didapati melanggar arahan tersebut, mereka bakal dikenakan tindakan terus dan tiada lagi unsur nasihat-menasihati.

Lanjutnya lagi, jumlah sekatan jalan raya yang dilakukan juga bergantung pada jumlah harian kes positif COVID-19 yang dilaporkan.

Setakat ini, sebanyak 30 hingga 35 sekatan jalan raya telah dikendalikan di pintu keluar dan masuk serta sempadan negeri seluruh Malaysia.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN