Tiada Lagi Rekod Tanpa Kalah Di EPL!

tiada lagi rekod tanpa kalah di epl!

Semua pasukan Liga Perdana Inggeris akhirnya telah alami kekalahan musim ini.

2 pasukan terakhir yang miliki rekod tanpa kalah sebelum ini, Everton dan Aston Villa tewas pada aksi minggu lalu.

Aston Villa yang catat 4 kemenangan daripada 4 perlawanan sebelum ini tewas 0-3 kepada Leeds di laman sendiri.

Manakala Everton yang berada di persada liga, tewas 0-2 kepada tuan rumah, Southampton pada perlawanan ke-6 mereka musim ini.

Nasib baik Everton masih mendahului saingan tapi kini berkongsi 13 mata dengan musuh setempatnya, Liverpool yang berada di kedudukan ke-2.

Ini merupakan kali pertama sejak musim 1967-1968 tiada satu pasukan EPL pun yang miliki rekod tanpa kalah selepas 6 perlawanan.

Lama sangat dah tu. Tapi kalau nak cakap pasal kali terakhir ada pasukan yang harungi satu musim tanpa kalah dalam EPL mesti semua tahu kan?

Haa, penyokong Arsenal tengah senyum ke tu?

Oleh : Karami Kamel

ARTIKEL BERKAITAN