Tiada Lagi Penutup Muka, Sebaik 50 Juta Penduduk Filipina Disuntik Vaksin

Sekiranya rakyat Filipina ingin menamatkan ketidakselesaan memakai pelindung muka dan topeng, sejumlah 50 juta daripada populasi negara itu terlebih dahulu perlu disuntik dengan vaksin COVID-19.

tiada lagi penutup muka, sebaik 50 juta penduduk filipina disuntik vaksin

Perkara tersebut secara tidak langsung bermaksud, kira-kira separuh daripada populasi negara terbabit harus menerima dua dos vaksin COVID-19.

Dr Ted Herbosa, penasihat Pasukan Petugas Nasional Melawan COVID-19, menjelaskan rakyat Filipina masih mempunyai jalan panjang yang perlu ditempuh sebelum negara tersebut berjaya mencapai tahap tersebut berikutan hanya 3 juta rakyatnya yang baru menerima dua dos vaksin setakat 8 Julai lalu.

“Sasaran saranan untuk penghapusan topeng muka dan pelindung wajah adalah 50% daripada populasi, iaitu sekitar 50 juta, antara 40 juta hingga 50 juta,” kata beliau.

Namun, beliau tidak menjelaskan mengapakah sasaran sejumlah 50 juta rakyat ditetapkan pasukan petugas atau pengurusan pandemik negara sebagai sasaran rasmi.

Bagaimanapun, negara tersebut turut merekodkan satu berita baik yang mana lebih 12 juta dos vaksin COVID-19 telah diberikan sejak Mac lalu sejak kempen vaksin nasional dilancarkan yang mana 9.4 juta orang telah menerima dos pertama dan 3.09 juta telah menerima suntikan kedua mereka.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN