Tiada Lagi Pegawai JPJ Dalam Kenderaan Masa Ujian Memandu

Kementerian Pengangkutan kini melancarkan projek perintis sistem pengujian lesen memandu secara automasi atau disebut sebagai ‘e-Testing’, yang membolehkan calon menjalani ujian tanpa pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kenderaan.

tiada lagi pegawai jpj dalam kenderaan masa ujian memandu

Perkara itu diumumkan Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke yang berkata prestasi calon akan diukur menggunakan alat pengesan dan kamera serta keputusan dijana secara ‘real-time’.

 

"Bagi penggunaan sistem terbabit, institut memandu boleh mengenakan caj maksimum RM100, namun calon memilih menggunakan pengujian secara eTesting akan menerima beberapa manfaat antaranya boleh menjalani percubaan kali kedua bagi elemen ujian yang gagal pada hari sama tanpa kos tambahan.

"Calon ujian juga akan diberikan keutamaan dalam senarai tempahan ujian selain mendapat rebat RM10 bagi pengeluaran lesen percubaan.

"Bagaimanapun, buat permulaan calon diberi pilihan untuk menjalani ujian manual atau eTesting," katanya.

 

Dengan itu, jumlah pegawai JPJ yang bertugas di institut memandu juga boleh dikurangkan daripada enam orang ketika ini kepada dua orang dalam satu-satu masa.

tiada lagi pegawai jpj dalam kenderaan masa ujian memandu

Katanya lagi, tempoh masa enam tahun akan diberi kepada institusi memandu untuk beralih daripada pengujian kaedah manual kepada e-Testing.

Sumber: Astro AWANI