‘‘Mungkin Tiada Lagi Pandemik Selepas COVID-19,’’ – Bill Gates

Pengasas Microsoft, Bill Gates percaya tiada lagi pandemik global yang akan berlaku selepas wabak COVID-19 ini berakhir kelak.

 

Perkara itu dinyatakan Gates dalam buku tulisannya berjudul How to Prevent the Next Pandemic, yang dijangka dijual Mei ini.

‘‘tiada lagi pandemik selepas covid-19,’’ – bill gates

Menurut Gates, beberapa langkah terperinci telah digariskan beliau yang boleh dilakukan bagi mengentikan pandemik di masa akan datang.

 

Beliau turut menulis beberapa pengajaran yang boleh dipelajari daripada pandemik ini, selain membincangkan mengenai inovasi dan teknologi yang diperlukan untuk mengentikan wabak dengan awal dan adil.

 

“Saya sudah lama berfikir mengenai perkara ini. Covid-19 menunjukkan secara jelas bahawa dunia perlu memberi keutamaan dalam menghapuskan pandemik yang menjadi ancaman kepada manusia,” katanya.

‘‘tiada lagi pandemik selepas covid-19,’’ – bill gates

Jelasnya lagi, meskipun jangkaan mengenai tiada pandemik selepas COVID-19 adalah sangat bercita-cita tinggi, namun perkembangan yang dicapai dalam dua tahun ini seperti vaksinasi dan ilmu pengetahuan serta pengalaman pakar telah meletakkan dunia dalam laluan yang betul.

 

“Tiada sesiapa yang tidak percaya bahawa penyakit berjangkit boleh membunuh berjuta-juta penduduk atau melumpuhkan ekonomi. Namun, jika kita membuat pilihan dan pelaburan yang betul, kita boleh menjadikan Covid-19 sebagai pandemik terakhir,” ujarnya.

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN