“Tiada Lagi Makan Free Buat Semua Pekerja Di Pejabat Twitter,” – Elon Musk

Pekerja Twitter yang terselamat daripada diberhentikan tidak lama lagi perlu membayar makanan mereka sendiri.

“tiada lagi makan free buat semua pekerja di pejabat twitter,” – elon musk

Menurut pemilik Twitter yang baharu, Elon Musk berkata beliau akan membatalkan program makanan percuma yang dihidangkan di ibu pejabat Twitter di San Francisco kerana ia menelan kos sebanyak USD400 (kira-kira RM1,836.20) bagi setiap pekerja.

 

Musk sebelum ini telah memecat kira-kira separuh daripada 7,500 orang tenaga kerja di Twitter selepas mengambil alih syarikat media sosial itu pada bulan lepas.

“tiada lagi makan free buat semua pekerja di pejabat twitter,” – elon musk

Bagi menjimatkan kos operasi, Musk juga telah membatalkan program makanan percuma yang biasa dihidangkan kepada pekerja syarikat itu sebelum ini.

 

Musk melalui Twitter mengatakan bahawa menawarkan makanan percuma di kafeteria syarikat telah menjadi satu pembaziran kerana "hampir tiada sesiapa yang datang ke pejabat."

 

Dia menganggarkan makanan percuma itu menelan belanja syarikat sekitar USD13 juta setahun, atau kira-kira RM59,676,500!

 

 

Seorang bekas pekerja Twitter yang telah diberhentikan selepas Musk mengambil alih Twitter menafikan dakwaannya dan berkata makanan percuma itu menelan belanja tidak lebih daripada USD25 seorang setiap hari.

 

“Ini satu pembohongan. Saya menjalankan program ini sehingga seminggu yang lalu apabila saya meletak jawatan kerana saya tidak mahu bekerja untuk @elonmusk,” tweet Tracy Hawkins, bekas naib presiden transformasi kerja Twitter.

“Untuk sarapan pagi & makan tengah hari kami membelanjakan USD20 hingga USD 25 sehari setiap orang. Ini membolehkan pekerja bekerja ketika waktu makan tengah hari & semasa mesyuarat. Kehadiran adalah antara 20-50% di pejabat.”

 

Musk membalas, mengatakan rekod syarikat menunjukkan kehadiran di pejabat hanya pada 25%, dengan purata kira-kira 10%.

 

"Terdapat lebih ramai orang yang menyediakan sarapan daripada mereka yang makan sarapan pagi.

"Mereka tidak peduli untuk menyediakan makan malam, kerana tiada sesiapa di dalam bangunan," kata Musk.

“tiada lagi makan free buat semua pekerja di pejabat twitter,” – elon musk

Keputusan Musk untuk membatalkan program makanan percuma dan mengenakan bayaran kepada pekerja untuk makan di pejabat telah mencetuskan perdebatan di Twitter, dengan ramai yang menuduh Musk sebagai cuba membuatkan pekerjanya kelaparan.

 

Walau bagaimanapun, ramai juga yang membela Musk sambil berkata makan tengah hari percuma adalah jauh dari kebiasaan di kebanyakan pejabat, walaupun untuk syarikat teknologi.

 

Sumber: NYPost