Tiada Lagi Kuarantin Jika Jadi Kontak Rapat, Fasa Pertama Bakal Dimulakan Dalam Sektor Kesihatan

Kementerian Kesihatan (KKM) bakal mengumumkan pemansuhan prosedur pengasingan atau kuarantin untuk mereka yang menjadi kontak rapat kes COVID-19 minggu depan.

tiada lagi kuarantin jika jadi kontak rapat, fasa pertama bakal dimulakan dalam sektor kesihatan

Perkara tersebut dijelaskan oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yang mengatakan bahawa fasa pertama akan dimulakan dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam.

“Kontak rapat berlaku tanpa disengajakan dan apabila ia berlaku maka terjadinya gangguan kepada ekonomi, pengurusan pekerjaan dan sebagainya dengan ketara.

“Satu pekeliling sudah dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk pekerja kesihatan mengenai satu protokol baharu dikenalkan dan bagi mereka yang dikesan kontak rapat mereka tidak perlu melakukan pengasingan jika tiada gejala.

“Sebaliknya hanya perlu melakukan ujian pada hari-hari tertentu,” katanya.

Lanjut beliau, kerajaan berkemungkinan melaksanakan protokol sama kepada orang ramai sekiranya ia boleh dilaksanakan.

Terdahulu, individu yang didapati menjadi kontak rapat dan belum lengkap vaksinasi termasuk mereka yang tidak menerima suntikan dos penggalak diarahkan menjalani isolasi atau pengasingan untuk tempoh tujuh hari.

Bagi individu yang sudah menerima suntikan dos penggalak, mereka hanya perlu menjalani pengasingan selama lima hari sekiranya didapati menjadi kontak rapat kes positif COVID-19.


Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN