Tiada Langsung Kes COVID-19 Di Korea Utara

Korea Utara kini menjadi antara negara yang disahkan tidak mempunyai kes jangkitan COVID-19 di dunia, berdasarkan ujian saringan yang dibuat terhadap kira-kira 42,000 penduduk negara itu.

tiada langsung kes covid-19 di korea utara

Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 678 warga Korea Utara telah menjalani ujian saringan virus itu dari 8 hingga 14 Oktober dan didapati semuanya negatif.

 

Daripada keseluruhan warga Korea Utara yang disaring, 113 daripadanya dilaporkan mempunyai penyakit seperti selesema atau jangkitan pernafasan akut, manakala selebihnya adalah pekerja penjagaan kesihatan.

 

Ia menjadikan jumlah keseluruhan rakyat negara itu menjalani ujian virus pengesanan COVID-19 adalah seramai 42,773 orang.

 

Korea Utara dalam satu kenyataan mendakwa negara itu bebas COVID-19 dengan mengenakan satu set langkah antivirus termasuk kawalan sempadan yang sangat ketat.

 

Sumber: [1]

ARTIKEL BERKAITAN