Tiada Keperluan Vaksinasi Besar-Besaran Atasi Cacar Monyet – WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berpendapat tidak ada keperluan untuk melaksanakan vaksin secara besar-besaran bagi membendung wabak cacar monyet yang sedang merebak di luar negara Afrika.

tiada keperluan vaksinasi besar-besaran atasi cacar monyet – who

Menurutnya, penyakit itu dapat dikawal dengan mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi.

.

“Langkah utama untuk mengawal penularan penyakit itu adalah dengan mengenal pasti kontak rapat dan pengasingan diri.

“Ini kerana virus itu tidak boleh merebak dengan mudah serta tidak menyebabkan penyakit serius. Vaksin yang digunakan untuk merawat cacar monyet boleh menyebabkan kesan sampingan,” kata Richard Pebody, individu yang mengetuai pasukan patogen ancaman tinggi di WHO Eropah.

tiada keperluan vaksinasi besar-besaran atasi cacar monyet – who

Menurutnya lagi, bekalan vaksin dan antivirus bagi merawat penyakit itu juga sangat terhad.

.

Terdahulu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat sedang dalam proses mengeluarkan vaksin Jynneos bagi merawat penyakit cacar monyet.

.

Saintis juga sedang berusaha memahami asal usul cacar monyet dan buat masa ini belum ada bukti virus itu bermutasi.

.

Sumber: [1]