Tiada kemungkinan anak bulan Syawal akan kelihatan pada Khamis, dan dengan itu Aidilfitri diramal jatuh pada Sabtu, 22 April 2023.
Demikian menurut Pusat Astronomi Antarabangsa (IAC) yang berpangkalan di Abu Dhabi dalam satu kenyataan menerusi akaun Twitter rasmi mereka baru-baru ini.
Menurut IAC, meskipun ramalan itu dibuat berdasarkan maklumat astronomi, bagaimanapun tarikh sebenar Aidilfitri hanya akan disahkan oleh pihak berkuasa selepas melihat kepada anak bulan.
Ujar IAC lagi, penampakan anak bulan pada Khamis adalah sangat sukar kerana ia memerlukan teleskop yang tepat, pemerhati profesional dan keadaan cuaca yang luar biasa.
"Melihat anak bulan pada Khamis tidak boleh dilakukan dengan mata kasar dari mana-mana sahaja di Arab dan negara Islam.
"Ia tidak mungkin dilakukan dengan teleskop di kebanyakan negara Arab, kecuali bahagian Afrika Barat bermula dari Libya, dan oleh itu Sabtu kemungkinan besar akan menjadi hari pertama Aidilfitri," katanya dalam satu kenyataan.
.
Pun begitu, ada negata yang mungkin dapat melihat anak bulan pada Khamis disebabkan berlakunya konjugasi sebelum matahari terbenam, dan terbenamnya bulan selepas matahari terbenam di semua wilayah negara Islam. Maka, negara tersebut dijangka dan mungkin akan mengumumkan 1 Syawal pada Jumaat.
Bagi negara yang memerlukan penglihatan yang betul dengan mata kasar sahaja atau penglihatan tempatan dengan teleskop, negara itu dijangka berpuasa genap 30 hari dan maka Aidilfitri akan jatuh pada Sabtu untuk negara terbabit.
Sumber: Utusan