Tiada Isu Pilih Kasih Pada Golongan ‘Kayangan’ Atau Artis Bila Langgar SOP

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata tiada isu pilih kasih sama ada kepada golongan ‘kayangan’ mahupun artis, seandainya mereka gagal mematuhi protokol operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

 

Beliau merujuk kepada isu pelanggaran SOP pada majlis pernikahan selebriti popular di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, pada hujung minggu lalu.

tiada isu pilih kasih pada golongan ‘kayangan’ atau artis bila langgar sop

Menurut beliau, polis perlu membuka kertas siasatan terlebih dahulu kerana kes itu hanya diketahui selepas foto pelanggaran SOP tular di laman sosial.

 

Tegasnya, jika polis berada di lokasi majlis ketika ia sedang berlangsung dan wujudnya pelanggaran SOP, tindakan kompaun boleh dikeluarkan terus kepada semua yang didapati melanggar SOP ditetapkan.

"Kita hanya mendapat maklumat berlakunya pelanggaran apabila gambar tersebut tular, sebab itu kita perlu jalankan siasatan. Kalau on the spot semasa majlis itu ada aduan dan kita datang, maka pada masa itu, kita akan terus kompaun.

"Sebab itu kita panggil semua yang terlibat untuk datang ke balai, untuk beri kerjasama supaya kita boleh dapat melengkapkan siasatan.

"Kita akan rujuk kepada pendakwa raya apakah betul tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka. Penganjur perlu bertanggungjawab di atas majlis tersebut kerana gagal memastikan SOP itu dipatuhi.

"Mereka yang terlibat jika dikenal pasti melanggar SOP -- peserta, pengunjung atau mereka yang hadir -- juga boleh dikenakan tindakan mengikut SOP yang telah dikeluarkan MKN (Majlis Keselamatan Negara) berkenaan dengan majlis sosial iaitu majlia perkahwinan," katanya seperti dipetik dari Astro Awani.

 

Kertas siasatan berhubung pelanggaran SOP pada majlis pernikahan pasangan itu juga dibuka mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

 

Sumber: Astro Awani

 

 

 

ARTIKEL BERKAITAN